Halaman

Sabtu, 13 Ogos 2011

Maksud Perkataan SALAM

Harini, aku nak share maksud perkataan SALAM. Semlm dpt email fwd from my hubby :-) so, aku rasa better aku berkongsi di sebalik ucapan SALAM yg umat Islam terutamanya kita selalu guna. Errrm, bila aku beremel dgn bos / supervisor / teman2 yg lain aku byk gunakan singkatan SALAM berbanding ASSALAMUALAIKUM. Rasa mcm berdosa setelah aku baca makna sebenar Salam ini… :-(

Maksud Assalamualaikum (Source :http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_istilah_Islam_dalam_bahasa_Arab
Assalamu ‘alaikum (السلام عليكم) : Ucapan selamat masyarakat Islam; secara harfiahnya bermaksud “Sejahtera kepada anda”; dengan tambahan, “Wa Rahmatullahi wa Barakatuhu” bermaksud “dengan Rahmat Tuhan dan Keberkatan-Nya”. Jawapan bagi ucapan ini ialah “Wa Alaikumus Salam wa Rahmatullahi wa Barakatuhu”–’Dan kepadamu juga Sejahtera dan Rahmat Tuhan dan Keberkatan-Nya’.

Ia juga salah satu bentuk zikir akan Kekuasaan Tuhan, apabila orang Islam mengucapkannya kepada orang Islam lain, ia bersamaan 30 pahala dan 30 pahala juga bagi yang menjawapnya (10 pahala bagi setiap perkataan).

Meh kita lihat artikel2 berkaitan yg membawa 1000 maksud. Semoga perkongsian ini menjadi manfaat kpd kita semua khususnya umat Islam…

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN “SALAM”???????? apa maksudnya???

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”

Gunakan perkataan“AS Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Nauzubilah……

Tiada ulasan:

Catat Ulasan